TERKINI! Pesawat MAS Terhempas Lagi? #MH17

alt

RUSIA 17 Julai - Pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di sempadan Rusia.

Menurut sumber, punca kemalangan pesawat Boeing 777 itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Sebuah agensi media tempatan mendakwa pesawat yang membawa 295 penumpang dan anak kapal itu ditembak oleh pihak berkuasa tempatan namun perkara tersebut juga belum disahkan lagi.

Insiden ini merupakan kejadian kedua melibatkan pesawat MAS selepas penerbangan MH370 dilaporkan hilang dari radar pengesan Pusat Kawalan Udara Subang, Mac lalu.

Penerbangan MH370 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang selepas sejam perjalanan ke Beijing.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut masih berlangsung sehingga kini.

Sumber : awani
Previous
Next Post »