Cara Bayar Fidyah Ganti Puasa Bulan Ramadhan


Cara bayar Fidyah ganti puasa bulan ramadhan. Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Tempat Membayar Fidyah
Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah.

Hukum Membayar Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Penangguhan membayar zakat akan menyebabkan fidyahnya berganda mengikut tahun.

Kaedah Dan Cara Pembayaran
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Kadar Bayaran ( Kalkulator Fidyah)
Untuk mengetahui jumlah Fidyah yang perlu anda bayar, pihak lembaga Zakat ada kalkulator Fidyah untuk memudahkan pengguna.

Kalkulator Fidyah- http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/
Previous
Next Post »