Majlis Sepetang Bersama Tan Sri Annuar Musa - TRW

Sebagai satu usaha untuk menjawab persoalan yang timbul dikalangan penyokong setia The Red Warriors mengenai pasukan mereka pada musim ini, Tan Sri Annuar Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan satu majlis khas yang dibuat khas untuk menjemput penyokong yang mahu mengetahui sesuatu dari dalam pasukan The Red Warriors.

Antara intipati majlis tersebut ialah :

- Tan Sri berkata, mengurus pasukan bolasepak dengan sukarela merupakan bukan tugas yang mudah kerana sudah banyak pasukan yang bergelar jaguh tersungkur
- Antara ramai-ramai tonggak yang berhijrah musim lepas, hanya seorang yang memaklumkan kepada beliau.
- KAFA sudah menghubungi beberapa pemain termasuk bekas pemain Kelantan untuk menguatkan pasukan musim depan.
- Mohammed Ghaddar digugurkan kerana masalah disiplin yang dilihat boleh menggugat semangat kekeluargaan didalam pasukan Kelantan.
- PBNJ melalui Tengku Mahkota Johor telah membayar harga setahun kontrak Nazrin Nawi bersama Kelantan selepas pemain itu melanggar perjanjian MoU dengan KAFA untuk beraksi bersama Kelantan musim ini.
- Semua bonus yang dijanjikan telah disampaikan kepada pemain sebelum perlawanan menentang Terengganu semalam.
- Tan Sri Annuar Musa mengakui kesilapan memilih pemain import musim ini.
- Mensasarkan kejuaraan treble untuk pasukan Kelantan musim depan dengan kekuatan yang bakal ditampilkan.
- Perlawanan amal dengan pasukan juara Liga Super, Johor Darul Takzim I akan dilangsungkan pada 13 Julai di Kota Bharu. Kutipan tiket akan disumbangkan kepada anak yatim.
- KAFA mahu menjemput beberapa bekas pemain Kelantan termasuk Mouhammadou Moustapha dan Lek Kcira untuk perlawanan malam itu.
- Tan Sri mengakui sedikit kecewa dengan penyokong Kelantan yang cepat berputus asa ketika pasukan sedang terumbang-ambing.
- Tan Sri mengakui liga professional tidak memerlukan kita meremajakan pasukan. Usia seseorang pemain bukan ukuran sebaliknya prestasi.
- Tan Sri berpuas hati dengan pencapaian Kelantan musim ini dengan menduduki tangga ke-enam liga dan dalam kelompok empat terbaik Piala FA.

Antara Video majlis tersebut ialah ( credit fb page TRWFC ) :


Previous
Next Post »