Bolehkah budak sekolah niat untuk berkahwin?

gambar hiasa

Apabila anda berniat, anda sebenarnya sedang meletakkan matlamat yang ingin anda capai. Secara tidak langsung, hati dan diri anda akan terdorong untuk mencapai matlamat tersebut.

Tetapi untuk sekarang ini, saya tidak menggalakkan anda untuk meletakkan kahwin sebagai matlamat utama anda.

Sebagai seorang murid sekolah, matlamat utama anda sekarang ini adalah untuk berjaya dalam persekolahan. Itu adalah matlamat utama yang sepatutnya anda letakkan dalam diri anda.

Anda kena berjaya dalam alam persekolahan dahulu sebelum anda boleh menjadi suami atau isteri untuk pasangan anda.

Bercinta semasa bersekolah?

Saya sebenarnya hairan macam mana anda boleh bercinta sedangkan anda masih lagi bersekolah?

Mungkin sekarang ini anda merasakan si dialah jodoh anda, dan anda inginkan dia menjadi teman hidup anda sehingga akhir hayat.

Tetapi adakah anda tahu hati manusia boleh berubah?

Sekarang anda baru berjumpa pasangan anda di sekolah, dan anda merasakan si dialah yang sesuai dengan anda.

Tetapi apabila anda masuk ke alam universiti nanti, ada lagi ramai pilihan yang boleh anda pilih untuk dijadikan sebagai pasangan.

Tak percaya?

Berdasarkan pada pengalaman dan hasil soal selidik saya dan rakan-rakan saya dahulu, kami mendapati di universiti adalah tempat yang paling terbaik untuk mencari pasangan. :P

Jika hati anda tidak kuat, saya percaya anda pasti akan “terpesong” kepada orang lain.

Dan pada waktu itu, anda akan mula kurang berkomunikasi dengan pasangan anda dan lama kelamaan, akhirnya anda berdua break up.

Itu baru di universiti. Belum lagi bila anda sudah bekerja nanti. Lagi la banyak pilihan yang boleh anda pilih.

Oh ya, atau mungkin bukan anda yang “terpesong”, tetapi pasangan anda sendiri yang “terpesong” pada orang lain dan tinggalkan anda. ;)

Cinta budak sekolah, cinta monyet

Ha…pernah dengar pasal cinta monyet?

Selalunya orang akan bercakap cinta monyet ni semasa mereka bercinta di zaman sekolah. Cinta sekadar suka-suka je.

Saya dulu pun pernah cinta monyet. Ala, biasa la masa zaman budak-budak sekolah dulu. Hanya untuk suka-suka. Tengok orang lain ada girlfriend, saya pun nak juga.

Tetapi nasib baik la saya tak hanyut. Cepat-cepat betulkan matlamat saya untuk fokus pada pelajaran.

Alhamdulillah, dah jadi orang dah saya sekarang ni.

Lagi pun kalau bercinta masa zaman sekolah ni, tak best sangat. Takkan la nak dating pakai duit mak ayah? Buat malu je…

So, lebih baik untuk masa sekarang ini anda fokus pada pelajaran untuk dapat masuk universiti.

Bukan masuk universiti untuk cari boyfriend/girlfriend. Tetapi untuk anda berjaya keluar sebagai graduan dan mendapat pekerjaan yang bagus.

Bila dah ada kerja yang bagus, duit dah cukup, diri dah bersedia, barulah anda dapat bina sebuah rumahtangga yang bahagia.

Jadi, pesanan terakhir saya untuk anda yang sedang bersekolah dan sedang bercinta ni, fokuskan diri anda pada pelajaran.

Bercinta tu boleh. Tak salah. Tetapi jangan sampai abaikan matlamat utama anda iaitu belajar.

artikel asal : tc
Previous
Next Post »