Kronologi Penuh Himpunan bantah GST 1 Mei 2014


Mari bantah GST. Itu adalah kata-kata segelintir peserta demonstrasi aman. Peserta ini telah mula berkumpul di sekitar KL semenjak jam 9.30 pagi di sekitar pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank. Menjelang jam 12.30 tengah hari peserta demo ini telah mula bergerak ke padang merderka dan bersurai pada 4.30 petang.

Kronologi Penuh Himpunan bantah GST 1 Mei 2014

12.30 tengah hari - Lalu lintas yang menghubungkan Masjid Negara agak sesak namun dengan bantuan polis trafik keadaan terkawal.

12.45 tengah hari - Para peserta kelihatan memenuhi pekarangan Masjid Negara, masing-masing berpakaian baju merah sebagai simbol bantahan GST.

12.45 tengah hari - Para peniaga dimaklumkan seawal jam 10 pagi sudah mula memenuhi pekarangan Masjid Negara dengan berniaga pelbagai barangan termasuk makanan, minuman, t-shirt dan lilit kepala tertera bantah GST.

1.00 petang: Beberapa petugas unit amal Pas kelihatan mengawal pergerakan peserta yang berkumpul di pekarangan Sogo.

1.15 petang: Sementara menunggu kumpulan peserta lain berkumpul di Sogo, sekumpulan pemuzik jalanan tidak melepaskan kesempatan membuat persembahan.

1.30 petang: Dalam kemeriahan peserta berhimpun, beberapa peserta melakukan pelanggaran peraturan berhimpun antaranya membawa anak-anak termasuk bayi dan membawa pembesar suara dipercayai cuba menimbulkan provokasi.

2.00 petang: Penganjur Himpunan Bantahan GST, Mohamad Sabu mula memberi ucapan sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Turut sama Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Adun Rawang, Gan Pei Nei; Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan beberapa wakil NGO pro-pembangkang.

2.30 petang : Suasana di sekitar pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur kelihatan terkawal dengan tiga anggota polis trafik bertugas mengawal perjalanan trafik serta sebuah kereta peronda polis bersedia bagi sebarang kemungkinan.

2.45 petang : Orang ramai berlegar di sekitar pusat membeli belah Sogo. Turut kelihatan sebuah helikopter kelihatan membuat tinjauan udara.

3.00 petang: Suasana di sekitar pusat membeli belah sogo kelihatan terkawal dengan tiga anggota polis trafik bertugas mengawal perjalanan trafik.

3:10 petang: Orang ramai mula membanjiri kawasan Dataran Merdeka. Keadaan walau bagaimanapun masih terkawal.

3.20 petang: Beberapa pemimpin pembangkang termasuk aktivis menyampaikan ucapan kepada peserta himpunan bantah GST di Dataran Merdeka.

3.25 petang: Kelihatan helikopter polis berlegar-legar di ruang udara sekitar Dataran Merdeka.

 4.10 petang: Wakil pembangkang dan NGO menyampaikan ucapan kepada para peserta Himpunan Bantah GSt di Dataran Merdeka.

4.11 petang: Antara yang menyampaikan ucapan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, AJK Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan ramai lagi. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan kemuncak pada himpunan ini.

4.20 petang: Walaupun cuaca mendung dan guruh berdentam-dentum namun peserta himpunan tetap tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

4.40 petang : Selepas ucapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga bacaan doa, peserta himpunan bantah GST mula meninggalkan Dataran Merdeka. Hujan mula membasahi bumi Kuala Lumpur.


sumber: Sinar Harian
Previous
Next Post »